Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Perlukah ibu menyusu ambil supplement

Posted by Vitamin Kesihatan Group 0 comments

                Perlukah ibu menyusu ambil supplement


KU YANG DULU
 BUKANLAH YANG SEKARANG

KENAPA?? JOM BACA STORY MORY dibawah :)
Seorang kaunselor penyusuan susu ibu yang terkenal ditanya, "perlukan ibu menyusu ambil supplement?". Dan jawapan kaunselor tersebut tentulah "tidak". Beliau juga turut kesal kerana menurutnya, penjual2 supplement terlalu ghairah mempromosikan produk yang kononnya dapat menambah susu ibu sehingga ada ibu2 yang menjadi stress kerana susu tidak juga bertambah walaupun sudah macam2 supplement yang di ambil.

Saya tidak salahkan kaunselor tersebut. Pendekatan yang dilakukan sesetengah pengedar Shaklee adalah semata2 untuk menjual produk tanpa mendidik ibu dengan ilmu penyusuan itu sendiri. Ini sememangnya salah dan mencemar niat baik pengedar lain yang sememangnya bersungguh2 membantu manusia mendapat kebaikan menerusi Shaklee umumnya dan membantu ibu2 menyusu menjayakan penyusuan khususnya.

Perlukah ibu menyusu ambil supplement? Berdasarkan pengalaman saya sendiri dengan 2 orang anak..


Anak pertama

Adelia Damia dilahirkan pada 21 December 2009. Saya tiada sebarang ilmu tentang penyusuan susu ibu.  Tetapi saya banyak merujuk kepada Kumpulan Ibu Menyusu di FB.  Saya merangkak-rangkak mencari bagaimana cara untuk saya berjaya menyusukan anak saya sepenuhnya susu badan.  Saya mula mengenali shaklee ketika anak sulung saya berusia 3 bulan.  Saya hanya mencuba produk Shaklee Alfalfa.  Alhamdulillah saya dapat membuat stok susu dan disimpan di ruangan beku peti sejuk biasa. 

Pada usia anak saya 11 bulan, saya disahkan hamil anak kedua.  Di atas nasihat doktor saya terpaksa berhenti menyusukan anak sulung saya.  Kerana ketika kandungan pertama saya pernah mempunyai sejarah risiko keguguran.  Disebabkan ilmu penyusuan dan kurang pengalaman.  Saya hanya berjaya menyusukan anak sulung saya sehingga habis stok susu simpanan pada usia 1 tahun.  Pelbagai jenis susu formula saya cuba untuk anak saya kerana anak sulung saya mudah mengalami ruam dan doktor mengesahkan anak saya mempunyai simptom ekzema.


Anak kedua

Izz Umar dilahirkan pada 31 Julai 2011, sebelum melahirkan anak kedua ini, saya telah membuat persediaan dengan membeli pump susu baru, menyediakan ruang simpanan susu deep freezer 203lit dan supplement shaklee yang lengkap (set penyusuan).  Saya mula mengambil supplement shaklee sejurus selepas saya bersalin.  Seminggu selepas saya bersalin, saya mula membuat power pumping dan menyusu dan anak kedua sepenuhnya susu badan.  Semasa di dalam tempoh berpantang, saya disiplinkan diri mengamalkan perkara-perkara dibawah:

   1. Makan supplement shaklee mengikut jadual. (*saya mengambil set berpantang, menyusu dan kurus)
   2. Minum air masak 2-3 liter sehari
   3. Buat power pumping setiap hari
   4. Direct feeding baby
   5. Tandem Nursing.
   6. Pump/susukan baby sekerapnya 2-3 jam sekali.
   7.  Buat stok susu setiap hari/ amalkan kosongkan payudara dan teknik demand & supply

Saya sedari selepas saya habis tempoh berpantang dan mula bekerja,  Walaupun saya sering tidur lewat, berjaga malam menyusukan anak dan pump susu.  
saya tidak mengalami masalah letih dan dapat menyelesaikan kerja2 rumah tanpa sebarang masalah penat.  Saya sedari kesan pengambilan supplement shaklee ini banyak membantu saya.  Ramai juga yang menegur kulit saya semakin cantik, bersih, cerah dan flawless mungkin juga kesan secara tidak saya sedari.. Alhamdulillah, bonus tambahan sambil saya makan supplement.  Sekarang tiada lagi penat, stress. Saya dapat menguruskan kerja pejabat dan rumah dengan baik.  Alhamdulillah, saya juga berjaya menyusukan anak kedua saya serta anak susuan saya (anak abang kandung saya) sehingga usia mereka 2 tahun.  Stok susu yang saya berjaya buat ialah sepenuh peti deep freezer 203 lit.  Syukur sangat :) 


Sila baca juga entri saya yang lain : LINK

Disebabkan kepercayaan saya pada produk ini juga saya telah menjadi Shaklee Independant Distributor,  saya bukan menjual produk shaklee semata-mata untuk mendapatkan bonus lumayan dari shaklee tetapi saya berharap dapat berkongsi kebaikan produk ini semua orang.  Saya mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan dan mendapatkan sponsor dari saya untuk keahlian PERCUMA seumur hidup!

Kesimpulan


Perlukan ibu menyusu ambil supplement? Supplement ibu menyusu bukanlah sekadar sebagai milk booster semata-mata. Walaupun tidak dinafikan rata2 ibu yang ambil alfalfa mengakui susu mereka makin bertambah dan ESP juga memekatkan susu, namun pengambilan supplemen hanya sekadar menyokong ibu2 untuk menjayakan penyusuan. Peraturan asas Supply vs Demand perlu dipatuhi jika anda nak tambah susu. Janganlah salahkan supplement bila susu anda tidak bertambah jika peraturan asas ini tidak anda patuhi. 

Berdasarkan pengalaman saya dengan 2 orang anak, berikut adalah perbezaan yang saya rasai:

Tanpa supplement:
  1. Tubuh penat
  2. Kulit kusam
  3. Mudah gemuk
  4. Stress dan asyik marah2 anak.
  5. Susu masih banyak tetapi mula berkurang apabila saya stress dan datang bulan
  6. Anak2 menjauhi saya sebab selalu kena marah, yang sulung juga selalu sakit
  7. Gigi mereput dengan mudah, rasa mudah sengal.
  8. Rambut gugur sehingga nampak kulit kepala.

Dengan supplement:
  1. Badan cergas dan bertenaga
  2. Kulit makin licin dan glowing
  3. Berat badan terkawal
  4. Dapat mengawal perasaan dan jadi makin penyabar
  5. Susu juga maintain biarpun "period"
  6. Anak2 mula mendekati saya semula, Alhamdulillah...
  7. Takde lagi masalah sakit gigi atau gusi
  8. Takde dah masalah rambut gugur.
  9. Pergaulan dengan suami, keluarga dan kawan2 menjadi bertambah baik dengan adanya keyakinan diri.
  10. Izz Umar lebih sihat berbanding kakaknya, khasiat supplement disalurkan melalui susu ibu
  11. Mampu buat power pumping di tengah2 malam tanpa sebarang masalah.
  12. Dapat bangun awal pagi walaupun tidur lewat dan sering bangun untuk menyusukan anak.
Perlu diingat antara faktor yang mempangaruhi penghasilan susu badan ialah tubuh ibu yang sihat dan emosi yang stabil. Penghasilan susu akan terjejas sekiranya ibu sakit atau stress. 

Sekali lagi ditanyakan, perlukah ibu menyusu ambil supplement? Jawapannya, tak perlu, jika anda rasa anda boleh bertahan. Sememangnya hasrat mulia kita menyusukan anak tersayang dengan susu ibu mendapat ganjaran dari Allah. Dan apa jua usaha yang kita lakukan dalam merialisasikan dan melaksanakan tugas itu, pasti mendapat ganjaran Allah. Bagi saya sendiri, saya akan jaga tubuh anugerah Allah ini sebaiknya untuk suami dan anak2. Saya tak mahu menjadi tua sebelum waktunya akibat terlampau saya bersusah payah menyusukan anak2. Saya, mengamalkan pengambilan supplement untuk tujuan penjagaan kesihatan tubuh badan saya sendiri. 

Pendapat anda sendiri bagaimana? Apapun, pilihan di tangan masing2. 
Mahu kekal sihat bertenaga dengan pemakanan sihat Shaklee?

Hubungi AGENVK anda atau Isi Borang ORDER
Admin:
WhatsApp: 0105050970/SMS:012-9892441| adeliadamia@gmail.com

Set Mighty 3 Gems (Meal Replacement)

Posted by Vitamin Kesihatan Group 0 comments

SET MIGHTY 3 GEMS (MEAL REPLECEMENT)

Ramai tidak sedar yang sarapan merupakan rahsia untuk anda kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari.  dengan tidak bersarapan, anda mungkin:
*Tidak dapat memberi tumpuan untuk masa yang panjang
*Kurang peka
*Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas
*KAndungan gula dalam darah yang rendah
*Produktiviti kerja menurun.

Shaklee menawarkan Program Mighty 3 gem untuk memulakan hari anda dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat dengan kebaikan:
*Bertenaga sepanjang hari
*Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
*Memelihara kesihatan menyeluruh.Set Mighty 3 gems shaklee, Set Berpuasa Shaklee

Set Mighty 3 Gems
1. ESP Energizing Soy Protein 850g = RM150
2. Performance Drink Orange539g =RM82.50
3. Meal shake French Vanila 544g =RM113.75
**Sila hubungi saya untuk harga istimewa

Hubungi AGENVK anda atau Isi Borang ORDER
Admin:
Puan Elmaliana Albahari [Elma]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 865558]
WhatsApp: 0105050970/SMS:012-9892441| adeliadamia@gmail.com

Bagi mereka yang mencari vitamin yang sesuai semasa berpuasa, boleh cuba set Mighty 3 Gems sesuai untuk mereka yang mengandung dan menyusukan bayi serta pelajar sekolah.



❀ ESP Soy Protein Isolate Powder
Merupakan minuman rendah lemak, bukan GMO secara biologinya mempunyai kandungan protein yang lengkap dengan kandungan 9 asid amino perlu dan 14 gram protein soya sihat bagi setiap hidangan. Di samping rasanya yang enak ia juga dapat memberikan tenaga pada tubuh dengan protein soya yang berkualiti tinggi.

❀ Mealshakes
Memberikan 19 mineral dan vitamin yang penting untuk tubuh dan ia amat perlu bagi proses tumbesaran dan mengekalkan kesihatan.

❀ Performance Drink 
Mengandungi proprietari elektrolit OPTI-LTYE dengan campuran unik karbohidrat yang membekalkan tenaga segera dan berkekalan untuk menyokong penghidratan optimal.

CARA SIMPAN SUSU PERAHAN

Posted by Vitamin Kesihatan Group 0 comments

10 cara Simpan Susu Perahan

Hari ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini, tidak ada masalah untuk anda terus memberi si manja menikmati susu ibu meskipun anda sibuk bekerja. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pemakanan yang terbaik untuk si manja ialah menerusi pemberian susu ibu secara langsung. Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.

1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.
4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.
Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.
Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.




PENGALAMAN PENYUSUAN: PENYIMPANAN SUSU / MILK STORAGE

Saya menggunakan 3 jenis storage iaitu Botol, Bekas dadih dan Liner.

Botol dan Bekas Dadih
Gambar ini adalah di awal saya belajar membuat stok susu, saya hanya menggunakan ruang beku peti ais biasa untuk menyimpan stok susu.  Masa ni saya hanya menggunakan beberapa unit botol dan bekas dadih untuk menyimpan.

Borong Botol
Botol Bumble Bee breast milk Storage: masa ni saya dah pregnant anak kedua.  jadi saya borong beli botol ni sebanyak 192 unit.  Beli di warehouse sale Sogo, beli sekotak free sekotak RM38.90.  Nasib ada husband temankan angkut semua neh.

 Liner
Ini adalah cara ketiga saya menyimpan susu badan iaitu menggunakan liner.  Susu disukat sebanyak 5oz sebotol dan diletakkan terbaring sehingga beku sebelum disusun seperti gambar dibawah.
Ini adalah semua stok susu yang berjaya saya kumpulkan.  Botol, bekas dadih dan liner semua disusun mengikut kaedah FIFO (First In, Fisrt Out)  So far, stok ini saya hantar ke kampung untuk anak susuan saya Azzara yang merupakan anak saudara saya sendiri.  Anak saya hanya minum fresh milk setiap hari sebab stok terlalu banyak.  Nanti saya ceritakan dalam entri lain bagaimana saya usahakan dan berjaya, Insyaallah 





Tips Penyusuan Badan Untuk Ibu Bekerja

Posted by Vitamin Kesihatan Group 0 comments

Tips Penyusuan Badan Untuk Ibu Bekerja


Bagaimana untuk meneruskan penyusuan badan apabila kembali bekerja.
Oleh Dr Balkees Abdul Majeed, Pakar Perunding Pediatrik dan Laktasi

Wanita telah sentiasa bekerja, dalam sektor rasmi ataupun tidak rasmi. Jadi, bagaimanakah mereka boleh meneruskan penyusuan badan jika mereka kerja berjauhan atau tidak bersama bayi mereka?

Kebanyakan wanita akan kembali bekerja walaupun masih menyusu badan. Seseorang ibu itu perlu merancang dari awal jika ingin menyusu badan dan bekerja dengan jaya. Ibu perlu selesa dengan penyusuan badan dan yakin dengan bekalan susunya. Ini boleh dicapai dengan menyusu badan secara kerap dan eksklusif (tidak memberi cecair atau makanan lain beberapa minggu sebelum kembali bekerja). Memberi susu tiruan atau formula kepada bayi akan meyebabkan bayi kurang menyusu daripada payu dara, dan bekalan susu ibu berkurangan. Susu badan adalah penting untuk kesihatan ibu dan juga bayi. Artikel 3 siri ini akan membincangkan apa yang si ibu boleh lakukan SEBELUM kembali bekerja.

Sebelum Kembali Bekerja...

Bincangkan rancangan penyusuan badan bersama majikan sebelum kembali bekerja, termasuk apa yang anda perlukan serta bagaimana majikan boleh membantu. Cuti bersalin di Malaysia adalah sekurangnya 60 hari, jadi berunding dengan majikan agar anda boleh berada di rumah selama yang boleh setelah bayi anda lahir. Anda juga boleh berbincang tentang kemungkinan bekerja separuh masa semasa beberapa minggu pertama dan kebenaran untuk 2-3 waktu rehat fleksibel pada hari kerja anda.

Berjumpa penjaga bayi anda. Bincangkan rancangan anda dan cara anda ingin bayi anda disusui semasa anda di tempat kerja. Penjaga bayi perlu faham dan sokong komitmen anda untuk menyusu badan.

• Sesetengah ibu dapat menyusu badan semasa waktu rehat makan tengahari mereka. Adakah anda boleh ke tempat bayi anda atau bayi dibawa ke tempat kerja anda?

• Sesetengah ibu inginkan bayi diberi susu perahan semasa mereka di tempat kerja. Ajar penjaga bayi anda cara menyimpan dan mengendalikan susu badan yang betul. Arahan bertulis akan banyak membantu.

• Ramai ibu suka menyusu badan sebaik sahaja mereka bersama bayi mereka. Penjaga perlu tahu masa anda dijangkakan pulang supaya tidak akan menyusu bayi sejurus sebelum kepulangan anda.

Menyusu bayi semasa ketiadaan anda. Bayi tidak semestinya perlukan botol. Memperkenalkan botol semasa beberapa minggu pertama selepas lahir hanya akan mengganggu penyusuan badan dan menjejaskan pengeluaran bekalan susu yang baik. Terdapat cara lain: dengan cawan, sudu atau cawan penyuap. Jika anda perlukan bantuan dengan kaedah penyusuan ini, hubungi kaunselor penyusuan badan atau pakar pediatrik anda. Namun, jika anda merancang untuk menyusu susu perahan menggunakan botol, mulakan selepas usia 6 minggu bagi mengelakkan keengganan payu dara dan/atau kekeliruan puting. Pastikan anda menggunakan botol yang bebas bisfenol (BPA) kerana terdapat bukti menunjukkan kimia ini boleh mengganggu tumbesaran sihat dan fungsi tubuh bayi anda.

Simpan stok susu perahan. Mula simpan susu badan diperah 2 minggu sebelum kembali bekerja. Minta bantuan si bapa atau orang lain untuk memberi bayi susu perahan. Ini membolehkan bayi mengaitkan penyusuan badan secara langsung dengan ibunya dan susu perahan dengan orang lain.
Gambar ihsan Google


Pam payu dara untuk tempat kerja. Jika anda merancang menggunakan pam payu dara untuk memerah susu di tempat kerja, pilih pam yang paling sesuai untuk keperluan anda. Berlatih mengepam untuk menyesuaikan diri dengan cara pam berfungsi, masa diambil untuk mengepam dan apa yang anda rasa semasa mengepam.

Perihal pakaian. Pakaian dua lapis atau yang boleh dibuka di hadapan adalah lebih mudah untuk penyusuan badan atau memerah susu. Pakaian bercorak yang boleh dibasuh boleh menyorokkan bahagian yang basah akibat kebocoran susu.

Sesi percubaan. Pilih satu hari untuk cuba melihat keadaan apabila anda kembali bekerja. Sediakan diri dan bayi anda untuk hari tersebut. Susui bayi anda, tinggalkan bersama penjaga, keluar sepanjang hari dan perah atau menyusu seperti mana yang akan anda lakukan apabila kembali bekerja.

PENGALAMAN PENYUSUAN: PEMILIHAN PUMP SUSU / BREAST PUMP

Disini saya kongsikan beberapa pengalaman saya menggunakan gajet-gajet untuk menjayakan penyusuan anak-anak saya.  Mungkin dapat membantu dan menjadi panduan kepada rakan-rakan semua.

No 1 saya beli: Pureen RM49.90
My 1st Bpump.. RM49.90 jer beli kt Jaya Jusco.. Sakit guna ni tp tetap berjasa selama 2 bulan semasa tempoh berpantang +, skrg dah masuk muzium..dah patah pon.
Masa ni xde kesedaran dan spent lebih sikit utk keselesaan diri sendiri.  Jadi xselesa dan hasil pon so-so sahaja..

No 2 saya beli: Set Spectra 3 Extravaganza RM630.00
My 2nd Bpump: Set Spectra 3 Extravaganza: RM630 beli dari http://momslittleones.com/ Saya beli selepas saya balik dari tempoh berpantang di kampung.  Set ni dah selamat dijual sebab My lovely hubby hadiahkan FS.  Pendapat saya untuk yang bajet oklah gunakan set ni tetapi the best ever tetap Medela Freestyle!  Masa saya guna set ni memang saya mengidam sangat nak jugak Medela Freestyle,  saya ckp dengan suami.. Kalau saya pregnant 2nd baby, saya nak jugak Medela Freestyle dan sebuah Deep Freezer.. heheh sebab saya bersemangat berkobar-kobar untuk menyusukan anak saya

No 3 saya beli: Medela Harmony manual RM150.00
My 3rd Bpump: Medela Harmony manual Pump : RM150 jer beli dari http://lilkaistore.com/ sbb bukan dlm kotak (factory sealed) - Beli standby utk guna time xde letrik jer.. Dah selamat jual sbb jarang guna dan dah dapat Medela FS

No 4 dan terakhir saya beli: Medela Harmony manual RM1350.00 
My FS was safely arrived!! Thanks to Iffa Anuar, faheemwardrobe.com
Di antara semua pump yang saya pernah gunakan, mmg tiada tandingan menggunakan Medela Freestyle. walaupon harganya sangat mahal.  saya sangat selesa, xsakit dan saya BERJAYA menyusukan anak saya serta anak susuan saya sehingga 2 tahun.  Syukur Alhamdulillah.

JOIN AHLI SHAKLEE

JOIN AHLI SHAKLEE
Untuk jadi ahli SHAKLEE yuran pendaftaran adalah RM65 + RM10 Kos penghantaran KIT. ATAU FREE!! & ENJOY DISKAUN SEHINGGA 20%. WhatsApp +0105050970 / +60129892441 NOW!
My Photo
Vitamin Kesihatan Group
Call/WhatsApp your Distributor or VK Admin SHAKLEE:+60105050970 DAMIAGOLD:+60139090970 adeliadamia@gmail.com
View my complete profile

Followers

SHAKLEE CARE

HAPPY BF