TIPS: Bayi kerap selesema dan batuk

Posted by Vitamin Kesihatan Group

Cara Atasi Selesema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun

Bayi di bawah usia satu tahun tidak digalakkan diberikan ubat selsema, batuk dan terutama sekali antibiotik kerana menurut U.S Food And Drugs Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi berusia dua tahun ke bawah.  Ubat-ubatan hanya merawat simptom sakit tetapi tidak merawat punca penyakit.



Bayi selsema dan batuk biasanya sedikit sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus. Oleh itu bahaya apabila diberikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mahupun dibeli difarmasi kerana mengandungi antihisamine(kesan mengantuk)

Apabila bayi selesema diberikan ubat-ubatan yang mengandungi antihisamine, bayi selesema akan tidur lebih lama dan ini membahayakan bayi tersebut.  Ini kerana, apabila tidur, kadar pernafasan bayi selesema akan bertambah kurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selesema boleh berhenti dan bayi berisiko meninggal dunia.

Walaubagaimanapun ada beberapa petua yang boleh diambil untuk mengurangkan selesema dan batuk bayi.




Cara Atasi Selesema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun

1. Berikan satu sudu madu dan air suma kepada bayi berusia 2 tahun dan ke atas. 
    Madu dapat melonggarkan lendir hingus yang tersekat ditekak

2. Bagi bayi selesema berusia dua tahun hingga satu tahun, berikan mereka sedikit 
    sahaja madu.

3. Paling sesuai carilah madu yang lembut bukan seperti madu tualang.

4. Campurkan sedikit Vikcs Baby Balsam ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala 
    bayi selesema dan batuk dengan tuala agar wap vikcs Baby Balsam boleh diserap ke 
    dalam paru-parunya. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa dan 
    sedang menghidu wap Vikcs Baby Balsam tepukkan belakangnya secara 
    perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru
    -paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi. (Vikcs Baby 
    Balsam berpenutup berwarna pink botol berwarna biru - diperbuat dari tumbuh-
    tumbuhan sahaja)

5. Buang kahak dalam paru-paru 
    Lakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi selesema menyusu atau satu jam 
    selepas bayi menyusu sahaja. 
    Caranya - Tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya, bentukkan 
    tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang tubuh anak anda dengan kekuatan 
    pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam. Kahaknya akan keluar 
    melalui  najis.

6. Ibu yang menyusukan bayi selesema boleh mengambil supplement tambahan yang dapat 
    membantu meningkatkan antibodi bayi seperti, Nutriferon Shaklee, Vita-C, Vita-Lea dan 
    Omega Guard

ANTARA VITAMIN-VITAMIN SHAKLEE YANG
MEMBANTU TINGKATKAN TAHAP IMUN IBU MENYUSU DAN JUGA BAYI SUSUAN


Petua Selesema dan Batuk Bayi

1. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah disagat pada tepi lesung. 
    Lakukan sekerap mungkin

2. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan 
    menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-
    ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi 
    sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.

3. Elakkan sebarang makanan yang berminyak buat sementara waktu kepada bayi selsema

4. Sediakan sup ayam

5. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya jika tidak 
    suka guna daun kaduk

6. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi 
    selsema selepas mandi

7. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema

8. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selsema.



Apabila Bayi Demam

1. Letakkan tuala kecil yang telah direndam dalam air asam jawa atau bunga raya di dahi, .      
    celah ketiak dan juga pelipat kakinya. Kerap basahkan kembali tuala tersebut.

2. Boleh guna Cool Fever pada dahi

3. Pantau suhu bayi selsema dengan menggunakan termometer. Termometer yang disukat 
    pada celah ketiak adalah kedua jitu selepas termometer telinga




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Hubungi AGENVK anda atau Isi Borang ORDER
Admin:
WhatsApp: 0105050970/SMS:012-9892441| adeliadamia@gmail.com

0 comments

Post a Comment

JOIN AHLI SHAKLEE

JOIN AHLI SHAKLEE
Untuk jadi ahli SHAKLEE yuran pendaftaran adalah RM65 + RM10 Kos penghantaran KIT. ATAU FREE!! & ENJOY DISKAUN SEHINGGA 20%. WhatsApp +0105050970 / +60129892441 NOW!
My Photo
Vitamin Kesihatan Group
Call/WhatsApp your Distributor or VK Admin SHAKLEE:+60105050970 DAMIAGOLD:+60139090970 adeliadamia@gmail.com
View my complete profile

Followers

SHAKLEE CARE

HAPPY BF