Perlukah ibu menyusu ambil supplement

Posted by Vitamin Kesihatan Group

                Perlukah ibu menyusu ambil supplement


KU YANG DULU
 BUKANLAH YANG SEKARANG

KENAPA?? JOM BACA STORY MORY dibawah :)
Seorang kaunselor penyusuan susu ibu yang terkenal ditanya, "perlukan ibu menyusu ambil supplement?". Dan jawapan kaunselor tersebut tentulah "tidak". Beliau juga turut kesal kerana menurutnya, penjual2 supplement terlalu ghairah mempromosikan produk yang kononnya dapat menambah susu ibu sehingga ada ibu2 yang menjadi stress kerana susu tidak juga bertambah walaupun sudah macam2 supplement yang di ambil.

Saya tidak salahkan kaunselor tersebut. Pendekatan yang dilakukan sesetengah pengedar Shaklee adalah semata2 untuk menjual produk tanpa mendidik ibu dengan ilmu penyusuan itu sendiri. Ini sememangnya salah dan mencemar niat baik pengedar lain yang sememangnya bersungguh2 membantu manusia mendapat kebaikan menerusi Shaklee umumnya dan membantu ibu2 menyusu menjayakan penyusuan khususnya.

Perlukah ibu menyusu ambil supplement? Berdasarkan pengalaman saya sendiri dengan 2 orang anak..


Anak pertama

Adelia Damia dilahirkan pada 21 December 2009. Saya tiada sebarang ilmu tentang penyusuan susu ibu.  Tetapi saya banyak merujuk kepada Kumpulan Ibu Menyusu di FB.  Saya merangkak-rangkak mencari bagaimana cara untuk saya berjaya menyusukan anak saya sepenuhnya susu badan.  Saya mula mengenali shaklee ketika anak sulung saya berusia 3 bulan.  Saya hanya mencuba produk Shaklee Alfalfa.  Alhamdulillah saya dapat membuat stok susu dan disimpan di ruangan beku peti sejuk biasa. 

Pada usia anak saya 11 bulan, saya disahkan hamil anak kedua.  Di atas nasihat doktor saya terpaksa berhenti menyusukan anak sulung saya.  Kerana ketika kandungan pertama saya pernah mempunyai sejarah risiko keguguran.  Disebabkan ilmu penyusuan dan kurang pengalaman.  Saya hanya berjaya menyusukan anak sulung saya sehingga habis stok susu simpanan pada usia 1 tahun.  Pelbagai jenis susu formula saya cuba untuk anak saya kerana anak sulung saya mudah mengalami ruam dan doktor mengesahkan anak saya mempunyai simptom ekzema.


Anak kedua

Izz Umar dilahirkan pada 31 Julai 2011, sebelum melahirkan anak kedua ini, saya telah membuat persediaan dengan membeli pump susu baru, menyediakan ruang simpanan susu deep freezer 203lit dan supplement shaklee yang lengkap (set penyusuan).  Saya mula mengambil supplement shaklee sejurus selepas saya bersalin.  Seminggu selepas saya bersalin, saya mula membuat power pumping dan menyusu dan anak kedua sepenuhnya susu badan.  Semasa di dalam tempoh berpantang, saya disiplinkan diri mengamalkan perkara-perkara dibawah:

   1. Makan supplement shaklee mengikut jadual. (*saya mengambil set berpantang, menyusu dan kurus)
   2. Minum air masak 2-3 liter sehari
   3. Buat power pumping setiap hari
   4. Direct feeding baby
   5. Tandem Nursing.
   6. Pump/susukan baby sekerapnya 2-3 jam sekali.
   7.  Buat stok susu setiap hari/ amalkan kosongkan payudara dan teknik demand & supply

Saya sedari selepas saya habis tempoh berpantang dan mula bekerja,  Walaupun saya sering tidur lewat, berjaga malam menyusukan anak dan pump susu.  
saya tidak mengalami masalah letih dan dapat menyelesaikan kerja2 rumah tanpa sebarang masalah penat.  Saya sedari kesan pengambilan supplement shaklee ini banyak membantu saya.  Ramai juga yang menegur kulit saya semakin cantik, bersih, cerah dan flawless mungkin juga kesan secara tidak saya sedari.. Alhamdulillah, bonus tambahan sambil saya makan supplement.  Sekarang tiada lagi penat, stress. Saya dapat menguruskan kerja pejabat dan rumah dengan baik.  Alhamdulillah, saya juga berjaya menyusukan anak kedua saya serta anak susuan saya (anak abang kandung saya) sehingga usia mereka 2 tahun.  Stok susu yang saya berjaya buat ialah sepenuh peti deep freezer 203 lit.  Syukur sangat :) 


Sila baca juga entri saya yang lain : LINK

Disebabkan kepercayaan saya pada produk ini juga saya telah menjadi Shaklee Independant Distributor,  saya bukan menjual produk shaklee semata-mata untuk mendapatkan bonus lumayan dari shaklee tetapi saya berharap dapat berkongsi kebaikan produk ini semua orang.  Saya mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan dan mendapatkan sponsor dari saya untuk keahlian PERCUMA seumur hidup!

Kesimpulan


Perlukan ibu menyusu ambil supplement? Supplement ibu menyusu bukanlah sekadar sebagai milk booster semata-mata. Walaupun tidak dinafikan rata2 ibu yang ambil alfalfa mengakui susu mereka makin bertambah dan ESP juga memekatkan susu, namun pengambilan supplemen hanya sekadar menyokong ibu2 untuk menjayakan penyusuan. Peraturan asas Supply vs Demand perlu dipatuhi jika anda nak tambah susu. Janganlah salahkan supplement bila susu anda tidak bertambah jika peraturan asas ini tidak anda patuhi. 

Berdasarkan pengalaman saya dengan 2 orang anak, berikut adalah perbezaan yang saya rasai:

Tanpa supplement:
  1. Tubuh penat
  2. Kulit kusam
  3. Mudah gemuk
  4. Stress dan asyik marah2 anak.
  5. Susu masih banyak tetapi mula berkurang apabila saya stress dan datang bulan
  6. Anak2 menjauhi saya sebab selalu kena marah, yang sulung juga selalu sakit
  7. Gigi mereput dengan mudah, rasa mudah sengal.
  8. Rambut gugur sehingga nampak kulit kepala.

Dengan supplement:
  1. Badan cergas dan bertenaga
  2. Kulit makin licin dan glowing
  3. Berat badan terkawal
  4. Dapat mengawal perasaan dan jadi makin penyabar
  5. Susu juga maintain biarpun "period"
  6. Anak2 mula mendekati saya semula, Alhamdulillah...
  7. Takde lagi masalah sakit gigi atau gusi
  8. Takde dah masalah rambut gugur.
  9. Pergaulan dengan suami, keluarga dan kawan2 menjadi bertambah baik dengan adanya keyakinan diri.
  10. Izz Umar lebih sihat berbanding kakaknya, khasiat supplement disalurkan melalui susu ibu
  11. Mampu buat power pumping di tengah2 malam tanpa sebarang masalah.
  12. Dapat bangun awal pagi walaupun tidur lewat dan sering bangun untuk menyusukan anak.
Perlu diingat antara faktor yang mempangaruhi penghasilan susu badan ialah tubuh ibu yang sihat dan emosi yang stabil. Penghasilan susu akan terjejas sekiranya ibu sakit atau stress. 

Sekali lagi ditanyakan, perlukah ibu menyusu ambil supplement? Jawapannya, tak perlu, jika anda rasa anda boleh bertahan. Sememangnya hasrat mulia kita menyusukan anak tersayang dengan susu ibu mendapat ganjaran dari Allah. Dan apa jua usaha yang kita lakukan dalam merialisasikan dan melaksanakan tugas itu, pasti mendapat ganjaran Allah. Bagi saya sendiri, saya akan jaga tubuh anugerah Allah ini sebaiknya untuk suami dan anak2. Saya tak mahu menjadi tua sebelum waktunya akibat terlampau saya bersusah payah menyusukan anak2. Saya, mengamalkan pengambilan supplement untuk tujuan penjagaan kesihatan tubuh badan saya sendiri. 

Pendapat anda sendiri bagaimana? Apapun, pilihan di tangan masing2. 
Mahu kekal sihat bertenaga dengan pemakanan sihat Shaklee?

Hubungi AGENVK anda atau Isi Borang ORDER
Admin:
WhatsApp: 0105050970/SMS:012-9892441| adeliadamia@gmail.com

0 comments

Post a Comment

JOIN AHLI SHAKLEE

JOIN AHLI SHAKLEE
Untuk jadi ahli SHAKLEE yuran pendaftaran adalah RM65 + RM10 Kos penghantaran KIT. ATAU FREE!! & ENJOY DISKAUN SEHINGGA 20%. WhatsApp +0105050970 / +60129892441 NOW!
My Photo
Vitamin Kesihatan Group
Call/WhatsApp your Distributor or VK Admin SHAKLEE:+60105050970 DAMIAGOLD:+60139090970 adeliadamia@gmail.com
View my complete profile

Followers

SHAKLEE CARE

HAPPY BF